Tuesday, August 24, 2010

Gender Bias......


 
Tiap kali timbul isu gender bias ni...saya cukup la 'panas hati' dan 'berbulu' dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran tertutup yang saya labelkan sangat 'ortodoks'. Di pejabat saya, bos yang berlagak 'bos' ni dengan terang-terangan bercakap ' Saya tak nak staf pompuan'....'Pompuan ni leceh la, kalau bujang nanti sibuk nak kahwin, pas tu bila dah kahwin, nak beranak la pulak'....Eeee...memang menyakitkan hati betul dengan kenyataan bos yang berlagak 'bos' ni....Macam la selama ni dia buat suma kerja, apa yang dia tau hanya mengarah dan membodek bos aje...

Mula2 berkhidmat di dalam sektor awam ini, bos saya juga memberikan persepsi yang sama terhadap saya. Kononnya saya tak setanding lelaki dalam melakukan kerja-kerja 'field work' ni...Namun, semuanya saya sangkal dan buktikan sehinggalah kini saya masih kekal di bahagian yang sama dan tetap melakukan kerja2 yang sama. Apa yang penting bagi saya ialah macamana nak menyelesaikan perkara itu dan sentiasa berfikiran positif. Lagipun saya sentiasa ingat pesan ayah supaya apabila bekerja tu mesti lah ikhlas dan mesti ada azam nak melakukan yang terbaik.

 



Friday, August 20, 2010

Demi kerana Oven......





Saya memang berhajat untuk memiliki sebuah oven...hehe...fed-up jugak la kan bila try resepi yang bakar-membakar saya terpaksa batalkan hajat saya tu sebab tak ada oven. So, sabtu lepas husband saya dgn sukacitanya dah bagi bajet utk beli oven kat saya. Saya pun ajak la dia pegi beli alamanda memandangkan tu je la tmpt paling dekat dengan umah. Lagipun hari tu kitaorg nak pegi buka puasa umah angah, so on the way ke sana bole la kami singgah pegi beli kejap.Hehe, tak sabar punya pasal....
Tapi....malangnya model oven 18L yang saya nak tu dah habis stok pulak. Bila ditanya pada staf jualan disitu katanya tak pasti  lagi bila stok baru akan sampai. Tak kesampaian la hajat saya nak dapat oven hari tu.

2 hari yang lepas, husband saya cadangkan saya beli oven 32L sebab harganya berbanding 18L tak jauh beza sangat. Lagipun oven tu boleh buat ayam golek katanya...hahaha...saya lagi la suka sebab nanti kalau nak bakar kuih raya ke, apa ker...bole bakar sekaligus...tak payah bakar banyak kali...So, selepas buka puasa sama Mama kat HUKM malam tu, kami pun bergegas ke alamanda sekali lagi demi untuk membeli oven...
Lagi sekali saya hampa sebab by the time saya tanya staf jualan tu dia kata stok 32L pun dah habis.......dan masa tu jugak la baru la staf tu tukar tag kat display item tu 'No Stok'....Ishhh...bengang nya saya time tu tak terkata la....Husband saya pulak dengan tak puas hatinya terus amik no telefon careline tempat tu dan telefon customer service untuk aduan. Emm...saya pun kata kat dia, 'takpe la yang, kita pg beli kat tempat lain je la....'...tapi dia sikit pun tak heran dan terus report apa benda yang dia tak puas hati tu....

Malam tu jugak, pengurus jualan tempat tu telefon suami saya dan menyatakan kekesalannya terhadap sikap staf nya yang bagi jawapan ' Tak de Stok...Tak tau bila stok nak sampai' tu...dan malam tu jugak dia sudah arahkan staf dia tu untuk amik stok oven tu di Midvalley dan simpankan untuk kitaorg. Itu la janji dia pada kami malam tu...

Akhirnya....semalam kitaorg pun pegi la collect oven tu di Alamanda. Memang Oven tu khas di reserve untuk kami. Best kan....dengan kuasa aduan dan menegakkan hak kita sebagai pengguna hak, hajat kita kesampaian. So, lepas ni bole la saya try pai ayam resepi aruah mak saya guna oven baru ni....bukan takat bakar ayam golek je tau.

Al-Quran

Perdengarkan Bacaan Al-Quran